Showing posts with label Kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label Kuih tradisional. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Muruku

Muruku

Bahan-bahan
600gm tepung beras
330gm kacang parpu
70 gm ikan bilis
100 gm udang hidup
30gm udang kering
12 biji cili kering
4 ulas bawang merah
5gm jintan manis
4 sudu serbuk kunyit
6 sudu garam
200 ml santan pekat
1200 ml air

Cara-cara membuatnya

1. Rendam kacang parpu semalaman.
2. Rebus kacang parpu yang sudah direndam itu sehingga lembut. Biar sejuk. Kisar sehingga halus.
3. rebus ikan bilis, udang hidup dan udang kering sehingga ia mendidih. Biar sejuk. Kisar sehingga halus.
4. Gorengkan tepung beras di dalam kuali sebentar untuk memanaskannya, ia adalah untuk meringankan tepung.
5. Kisar cili yang sudah direndam bersama jintan manis dan bawang merah.
6. Campurkan langkah 2 ke dalam langkah 3 dan langkah 5.
7. Campurkan 200 ml santan, garam serta serbuk kunyit dan baki air ke dalam langkah 6, kenudian masak di atas api sederhana sehingga ia mendidih.
8. setelah memndidih tuang ke dalam tepung beras(langkah 4) dan diuli semasa ia masih panas.
9. Kemudian masukkan ke dalam acuan muruku dan tekan keluar bentuk bulat dan bolehlah digoreng.
10. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Kuih Talam

Kuih Talam

Bahan-bahan

Bahan A
140 gm tepung beras
60gm tepung kacang hijau
600 ml air
290 ml gula
¾ sudu besar air ’abu’

600 ml air
20 helai dau pandan
(cairkan)

Bahan B
60gm tepung beras
75gm tepung ubi
300gm pati santan
300ml air
1 camca garam

Cara-cara membuatnya
Lapisan Bawah A
1. Campurkan bahan-bahan. Tapiskan. Tuangkan dalam tin bulat berdiameter 12 inci.
2. Perah jus 20 helai daun pandan dengan 600 ml air.
3. Tuangkan jus pandan ke dalam tin bulat tersebut. Masukkan ¾ sudu besar air ’abu’. Kacau hingga sebati.
4. Sediakan kukusan, biar sehingga air mendidih. Letakkan tin dalam kukusan dan kacaukan campuran ini dengan berterusan selama 15-20 minit.
5. kukuskan campuran ini selama 30 minit.

Lapisan Atas B
1. Campurkan 300gm pati santan dengan 1 camca garam.
2. Campurkan 60 gm tepung beras dan 75 gm tepung ubi bersama 300 ml air
3. Campurkan bahan di atas dan tapiskan. Tuangkan campuran ini kepada bahagian atas lapisan bawah dengan perlahan-lahan.
4. Kukuskan selama 10 minit.
5. Sejukkan, potong dan hidangkan.

Kuih sepit

Kuih Sepit

Bahan-bahan
500 gm tepung beras
100 ml tepung ubi
600 ml air
800gm gula
20 biji telur
1000 ml santan pekat

Cara-cara membuatnya

1. Campurkan 600 ml air dengan 500gm tepung beras dan 100 gm tepung ubi.
2. Masukkan 800 gm gula, 20 biji telur dan 1000 ml santan. Kacau hingga sebati dan tapis dua kali.
3. Sapukan sedikit minyak masak di atas acuan kuih sepit. Panaskan di atas bara api, masukkan sedikit bahan tadi di atas acuan kuih sepit dan tutup. Biarkan sehingga warnanya kuning keemasan, kemudia keluarkan kuih yang telah masak dan lipat(ikut suka) semasa kuih masih panas.
4. Lakukan proses ini sehingga habis.

Kuih Loyang

Kuih loyang

Bahan-bahan

500gm tepung beras
2 biji telur
150gm gula
700 ml santan pekat
½ sudu teh garam

Cara-cara membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan kacau rata-rata lalu tapiskan.
2. Panaskan acuan kuih loyang di atas minyak.
3. Celupkan acuan yang telah panas ke dalam bahan tadi tetapi jangan sampai penuh.
4. Masukkan ke dalam minyak, biarkan seketika. Angkat acuan dan ketepikan kuih tadi.
5. Ulang langkah 2 dan seterusnya sehingga bahan habis.

Kuih Kohsui

Kuih kohsui

Bahan-bahan

100gm tepung beras
50gm tepung ubi
(tambah 380 ml air)
180gm gula halus
6-8 helai daun pandan
1 camca air ‘abu’
(tambah 150 ml air)
160 gm kelapa parut
½ camca garam

Cara-cara membuatnya

1. campur tepung ubi dan tepung beras dan diayak. Masukkan 380ml air.
2. Tumbuk dau n pandan. Ambil jusnya dan campurkan dengan 150 ml air dan gula halus serta air ‘abu’ serentak.
3. Campurkan bahan-bahan di atas lalu tapiskan. Kacau di atas api sederhana selama kira-kira 2 minit.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan mangkuk-mangkuk kecil atau cawan lalu kukuskan selam 20 minit.
5. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan.
6. Hidangkan dengan kelapa parut.
(kalau guna gula merah – panaskan 40gm gula merah, 140 gm gula putih dan 150 ml air. Rujuk langkah 2)

Kuih Lapis

Kuih lapis

Bahan A

250gm tepung beras

30 gm tepung ubi

400 ml pati santan

680ml air

1 sudu kecil garam

Bahan A

270ml gula

220 ml air

1 helai daun pandan

Cara-cara membuatnya

1.Masakkan bahan b sehingga gula larut, biar ia sejuk.

2. campur bahan A dlm bahan B, kacau hingga sebati lalu tapiskan.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian(warna merah atau hijau) dan satu lagi bahagian putih tanpa warna.

4. Panaskan sebuah loyang yang berukuran 10”X10”X2” dalam kukusan sehingga air mendidih.

5. Tuang sesenduk adunan putih, kukus selama 3 minit.

6. Kemudian sesenduk adunan bewarna dan kukus semula, ulang proses ini sehingga lapisan yang ke lapan.

7. Empat lapisan yang terakhir(12 lapisan) dikukus selama 5 minit setiap satu.

8. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP