Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

KEK BATU BERENDAM

KEK BATU BERENDAM

Bahan-bahannya :

1½ gelas gula halus
1 kotak red dates
1 tin kaya
1 sudu teh baking powder
3 sudu makan Nescafe
10 biji telur
1 tin susu pekat manis
2 gelas tepung gandum
Sedikit warna hijau


Cara membuat

Mentega dipukul dengan gula sampai kembang
Asingkan putih dan kuning. Pukul putih telur sampai kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi
Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan kaya, tepung dan baking powder dan
kacau lagi rata-rata baru dibahagi tiga, satu masukkan Nescafe, kukus sampai masak,
sejukkan dan baru dipotong sebesar ibu jari

Bahagian kedua diberi warna hijau dan campur buah red dates yang dipotong panjang.
Kuih yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam adunan ketiga dan gaul rata-rata.
Masukkan ke dalam acuan dan
kukus sampai masak.

KEK BATU BERENDAM

KEK BOSNIA

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam
500 gm planta
½ tin susu pekat
1½ gelas gula pasir
4½ gelas tepung gandum
2 kotak mixfruit
sedikit vanilla dan warna kuning


Cara membuat:

Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Pukul sampai kembang.
Masukkan susu, tepung gandum 4 gelas dan ½ gelas campurkan dengan mixfruit dan pewarna kuning.
Kukus selama 4 jam

KEK PLYWOOD

KEK PLYWOOD

Bahan-bahannya :




10 biji telur
1 tin mentega (16 oz)
1 tin seri kaya ( tinggi)
½ tin susu cair
13 sudu makan gula halus
17 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan koko
sedikit warna hijau



Wednesday, December 2, 2009

KEK LAPIS BUAH PRUNE

KEK LAPIS BUAH PRUNE

Bahan-bahan




7 biji telur (asingkan putih dan kuning)
12 oz mentega
10 oz buah prune
10 oz tepung gandum
8 auns gula pasir
1 sudu the vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh golden syrup
sedikit rempah kuih
sedikit warna hijau



Cara membuat

Putih telur dan baking powder hendaklah dipukul hingga kembang.
Masukkan gula dan pukul lagi sampai putih.
Selepas itu, masukkan kuning telur sampai habis.
Selepas itu, masukkan golden syrup, rempah kuih dan vanilla, kacau sampai rata. Ketepikan adunan ini.
Di tempat yang lain, mentega dikacau hingga putih.
Kemudian, masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur.
Kacau baru masukkan tepung.

Lepas itu, bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.

Satu adunan dimasukkan buah prune yang di potong halus.
Adunan kedua masukkan warna hijau. Kemudian kukus adunan warna hijau dahulu.
Apabila adunan hijau masak, baru masuk adunan buah prune.

Kukus sampai habis

KEK SENTUHAN KECUNDANG

KEK SENTUHAN KECUNDANG

Bahan-bahan

10 biji telur
1½ gelas tepung roti merry
12 oz mentega
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 gelas gula halus
1 sudu teh esen vanilla
½ gelas cornflakes yang telah ditumbuk halus
sedikit pewarna coklat, merah, hijau dan kuning



Cara membuat

Pukul mentega dan gula sampai kembang.
Pukul telur berasingan hingga kembang.
Kemudian, masukkan kedalam adunann mentega dan kacau sehingga sebati.
Setelah itu, masukkan susu pekat, susu cair, tepung roti merry dna esen vanilla. Gaulkan adunan sehingga sebati dan rata.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Kemudian warnakan dengan pewarna coklat, merah, hijau dan kuning.
Salah satu dari adunan dimasukkan dengan cornflakes.
Kukuslah adunan berlapis-lapis hingga habis

KEK BATIK THAILAND

KEK BATIK THAILAND

Bahan-bahan

10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 gelas mentega kacang
1 gelas milo
2 gelas tepung gandum
1 gelas horlicks
½ kotak buah campuran
16 oz mentega
sedikit celup hijau
½ tin susu pekat manis



Cara membuat

Pukul mentega dengan gula sampai kembang
Masukkan telur satu persatu sampai habis.
Selepas itu, masukkan susu dan tepung gandum

Lepas itu, bahagikan kepada 4 bahagian:

A Masukkan horlick dan pewarna hijau B Masukkan milo
C Masukkan peanut butter D Masukkan buah campuran

Kukuslah adunan secara berselang-seli

KEK SABUK TUNKU ABDUL RAHMAN

KEK SABUK TUNKU ABDUL RAHMAN

Bahan-bahan

10 biji telur
1 tin susu manis
1 tin sederhana besar kaya
1 gelas gula halus
1½ tepung gandum
16 oz mentega
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
3 sudu makan cocoa powder



Cara membuat

Pukul gula dengan mentega.
Masukkan telur satu-persatu.
Selepas itu, masukkan tepung, kaya, susu, vanilla dan baking powder.
Kacau rata-rata.
Adunan ini hendaklah dibahagi dua;

Adunan pertama diberi koko

Adunan kedua berikan warna kuning

Kukuslah berlapis-lapis

KEK SYAIR SI PARI-PARI

KEK SYAIR SI PARI-PARI



Bahan-bahannya ;

10 biji telur
16 oz mentega
1 tin susu manis
1 tin kecil seri kaya
1 tin milo
2 gelas tepung gandum
1 ½ gelas gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 botol kecil horlick
1 sudu teh ovalette



Cara membuatnya :

Pukul gula dan mentega sampai kembang di tempat lain.
Pukul telur satu persatu dan asingkan.
Kemudian gaulkan kesemua bahan ke dalam adunan mentega tadi dan kacau sampai sebati. Akhir sekali masukkan adunan telur tadi dan gaul rata-rata.
Kukus selama 2 jam, selepas itu bakar selama 20 minit.

KEK EVERGREEN

KEK EVERGREEN

Bahan-bahannya :

10 biji telur
10 oz gula
2 paket santan
1 sudu besar ovalette
Pewarna hijau ½ botol
1 tin susu manis
6 oz tepung hong kong
1 cawan tepung susu nespray / F&N
16 oz mentega



Cara Membuatnya :

1. Mentega dipukul dengan susu dan ovalette sampai kembang dan putih.
2. Gula dan telur dipukul hingga kembang dan putih.
3. Bila kembang baru dicampur bahan 1 dan bahan 2 tadi.
4. Baru masukkan tepung, tepung susu, pewarna dan akhir sekali baru masukkan santan paket.
5. Bakar berlapis-lapis hingga masak. Acuan 9 x 9

KEK JEJAK RASUL

KEK JEJAK RASUL

Bahan-bahannya :

16 oz mentega ( dibahagi 2 )
1 botol kecil horlick
1 tin kecil susu pekat
2 sudu makan roti marie ( ditumbuk halus )
10 biji telur
1 ½ gelas gula halus ( dibahagi 2 )
1 ½ gelas tepung gandum
1 botol pandan paste
1 sudu teh baking powder




Cara membuatnya :

1. 8 oz mentega dipukul berasingan dengan 10 biji telur kuning dan ¾ gula dipukul sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan mentega yang telah dipukul berasingan tadi. Masukkan horlick, roti marie dan pandan paste.

3. 10 biji putih telur dipukul sehingga kembang. Lepas itu masukkan ¾ gula dan dipukul sehingga kembang. Masukkan susu, baking powder dan tepung gandum, 8 oz mentega yang telah dipikul berasingan tadi.

4. Bakar lapisan hijau dahulu, lepas itu lapisan putih dan bakarlar berlapis-lapis sampai habis.

KEK LAPIS MAHLIGAI GADING

KEK LAPIS MAHLIGAI GADING

Bahan-bahannya :

10 biji telur
16 oz mentega
¾ gelas gula halus
1 tin susu manis ( pendek )
1 botol jem campuran ( kecil )
1 botol kecil horlick ( 200gm )
2 gelas tepung gandum
2 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanila



Cara membuatnya :

Telur dan gula dipukul ditempat lain hingga kembang.
Mentega dan susu dipukul sampai putih dan gebu.
Kemudian satukan kedua-dua adunan tersebut.
Masukkan ovalette, horlick, jem dan tepung, gaul sampai rata.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian :-

~ warnakan ungu
~ warna asal

Bakar berlapis-lapis dan berselang-seli warnanya sampai habis.

KEK MARBLE LEMBUT

KEK MARBLE LEMBUT

Bahan-Bahan:

8 oz mentega
6 oz tepung gandum
6 oz gula castor
5 biji telur dari fridge - asingkan
3 sudu makan susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko - diayak atau 2-3 sudu teh strawberry emulco


Cara:

1. Tepung diayak bersama baking powder sebanyak 2 kali. Ketepikan.
2. Pukul mentega,susu dan esen vanilla hingga kembang.
3. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga ringan
Lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
4. Masukkan telur kuning sebiji-sebiji ke dalam adunan putih telur dan
gaul rata.
5. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul satu arah.
7. Apabila telah rata, bahagikan dua bahagian, satu plain dan satu lagi
warna pilihan. Lebihkan sedikit adunan pada yang plain.
8. Gunakan loyang 8 inci persegi atau bulat, disapukan sedikit mentega
pada dasar dan disekeliling loyang dan ditaburkan sedikit tepung gandum.
9. Ambil 3 sudu makan adunan plain dan letakkan ditengah-tengah loyang. Kemudian, ambil 2 sudu makan yang warna ditimpakan ke atas yang plain tadi. Ulang lagi dengan cara yang sama hingga habis.
10. Ketuk-ketukkan di bawah dan tepi loyang supaya adunannya kena di setiap penjuru.
11. Bakar pada suhu 180*C selama 1 jam atau hingga masak.

KEK SERI SARAWAK

KEK SERI SARAWAK

Bahan-Bahan:

10 biji telur
1 ½ cawan gula halus
½ tin kecil milo
½ botol kecil horlicks
½ cawan tepung biskut marie
400 gm mentega
200 gm peanut butter
½ tin susu pekat
1 ½ cawan tepung gandum

Cara:

Pukul gula dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, dan susu manis.
Kacau rata. Bahagi kepada 3 bahagian :-

1 bahagian (A) - masukkan horlicks dan pewarna hijau

1 bahagian (B) - masukkan peanut butter dan pewarna kuning

1 bahagian (C) - masukkan milo

Kukus berlapis-lapis dimulakan dengan bahagian A, B dan C sehingga habis.
Kukus hingga masak.

KEK LAPIS WINTER SONATA

KEK LAPIS WINTER SONATA

Bahan-Bahan:

20 biji putih telur
16 oz. mentega
1½ gelas tepung jagung
1½ gelas tepung hong kong
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda

Cara:

1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.
2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.
3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.
4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata-rata.
5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu, bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:
-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)
-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda
-bahagian III - warna kuning
6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan
7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak
8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

KEK LAPIS PRUNE

KEK LAPIS PRUNE

Bahan-bahan :

• 250g butter
• 1 1/4 cawan gula castor
• 7 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
• 1/2 cawan susu segar
• 1/2 cawan susu pekat
• Coloring ikut suke
• Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara membuatnya :

1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jadi halus.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
5. Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
6. Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama

MARBLE CHOC CHEESE

MARBLE CHOC CHEESE
Bahan A

180 gm mentega
20 gm serbuk koko - ayak
170 gm gula castor
3 biji telur
ayak
120 gm tepung naik Sendiri
1 sudu teh baking powder

Bahan B

250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur


Cara-cara membuatnya:

1. Pukul mentega and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, koko dan baking powder yang telah di ayak.
Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan-bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
8. Kukus selama lebih kurang 1 jam.

KEK LAPIS SELENDANG MAWI

KEK LAPIS SELENDANG MAWI



Bahan-bahannya :

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
454 gm mentega ( 16 oz)
300 gm gula halus
250 gm tepung hong kong
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu ovallete
250 gm cream cheese spread
1 sudu makan coklat paste
Warna merah, kuning & hijau


Cara membuatnya :

Pukul mentega dan susu sampai kembang.
Kemudian masukkan krim cheese dan pukul sampai putih, ketepikan.
Telur, gula, ovallete dan tepung dipukul sampai kembang.
Satukan kedua-dua adunan tadi, gaul sampai rata.
Ambil 5 senduk warna asal campurkan dengan coklat paste dan masukkan ke dalam botol sos.

Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada
3 bahagian : -
* warnakan merah
* warnakan kuning
* warnakan hijau

Bakar warna merah dahulu, setelah masak tekan dengan acuan zig zag dan pancitkan warna coklat tadi.
Bakar dan lapis dengan warna kuning, setelah masak tekan lagi dengan acuan zig zag dan pancitkan warna coklat.
Apabila masak lapis adunan hijau, tekan dengan acuan zig zag dan lapis dengan warna coklat.
Buatlah begitu sampai habis.

KEK LAPIS TEMBIKAI

KEK LAPIS TEMBIKAI



Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

• 10 Biji Telur
• 500gm Mentega
• 1 gelas gula
• 3 gelas tepung
• 1 gelas horlicks
• 1/2 tin susu pekat
• 1 tin kecil sri kaya
• 1 sudu makan perasa tembikai
• Pewarna merah
• Pandan paste
• Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Gula dan mentega di pukul hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata.
4. Masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi.
5. Masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata.
6. Bahagi kepada 3 bahagian :-

1. 3 senduk + pandan paste
2. 2 senduk biar plain
3. selebihnya + pewarna merah

7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.

LAPIS COKLAT PEPPERMINT

LAPIS COKLAT PEPPERMINT

Bahan-Bahan:

20 biji kuning telur
9 diambil putihnya
500 gm mentega
400 gm gula halus
170 gm tepung gandum
3 sudu makan susu pekat
150 gm 'cooking chocolate' (perlu dicairkan dan diambil 2/3 sudu makan)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan jilk atau ovalett
2 sudu makan esen perasa peppermint
Sedikit pewarna hijau


Cara-cara membuatnya:

Pukul putih telur separuh kembang lalu masukkan gula, jilk dan
kuning telur.
Pukul lagi sampai naik dan pekat.
Mentega pula dipukul bersama esen vanila dan susu pekat.
Mentega dipukul bersama esen vanilla dan susu pekat. Setelah putih dan ringan, tuangkan ke dalam adunan telur tadi.
Ayakan juga tepung sambil dikacau rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
Satu dicampurkan 'cooking chocolate', satu lagi campurkan dengan esen peppermint serta beberapa titik pewarna hijau, manakala yang satu lagi dibiarkan asli.
Dengan menggunakan api grill, bakar selapis-selapis dengan warna asli di bawah sekali.
Diikuti dengan coklat dan akhir sekali warna hijau.
Ulang sampai adunan habis.

KEK LAPIS WATER MELON CHEESE

KEK LAPIS WATER MELON CHEESE

Bahan-bahannya:

10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP