Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Kek gula hangus

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara-cara:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair.
Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

source: nita @ http://sudipkayu.blogspot.com/

Thursday, December 3, 2009

KEK TAMIL

KEK TAMIL
Bahan-bahannya :




8 oz mentega
5 biji telur ayam
1½ gelas tepung gandum
1 gelas kecil gula browning
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
½ tin susu pekat manis
1 gelas gula
1 tin kelapa kering






KEK BATU BERENDAM

KEK BATU BERENDAM

Bahan-bahannya :

1½ gelas gula halus
1 kotak red dates
1 tin kaya
1 sudu teh baking powder
3 sudu makan Nescafe
10 biji telur
1 tin susu pekat manis
2 gelas tepung gandum
Sedikit warna hijau


Cara membuat

Mentega dipukul dengan gula sampai kembang
Asingkan putih dan kuning. Pukul putih telur sampai kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi
Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan kaya, tepung dan baking powder dan
kacau lagi rata-rata baru dibahagi tiga, satu masukkan Nescafe, kukus sampai masak,
sejukkan dan baru dipotong sebesar ibu jari

Bahagian kedua diberi warna hijau dan campur buah red dates yang dipotong panjang.
Kuih yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam adunan ketiga dan gaul rata-rata.
Masukkan ke dalam acuan dan
kukus sampai masak.

KEK BATU BERENDAM

KEK BOSNIA

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam
500 gm planta
½ tin susu pekat
1½ gelas gula pasir
4½ gelas tepung gandum
2 kotak mixfruit
sedikit vanilla dan warna kuning


Cara membuat:

Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Pukul sampai kembang.
Masukkan susu, tepung gandum 4 gelas dan ½ gelas campurkan dengan mixfruit dan pewarna kuning.
Kukus selama 4 jam

KEK PLYWOOD

KEK PLYWOOD

Bahan-bahannya :




10 biji telur
1 tin mentega (16 oz)
1 tin seri kaya ( tinggi)
½ tin susu cair
13 sudu makan gula halus
17 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan koko
sedikit warna hijau



KEK SOFIAH

KEK SOFIAH

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam
16 oz marjerin
2½ gelas tepung gandum
2 gelas gula merah
1 tin susu ideal
1 botol kecil horlick
1 botol kecil jem
1 kotak ceri merah dan hijau
1 gelas buah gajus digoreng dan ditumbuk halus
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder
1 kotak buah campur dikisar halus dengan susu ideal

Cara membuat:

Pukul marjerin dengan gula, masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, esen vanilla, gajus, horlick, dan mix fruits. Kukus sehingga masak

KEK BUAH BERMALAM 2

KEK BUAH BERMALAM 2

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam (asingkan putih)
16 oz mentega
600 gm gula pasir
600 gm tepung gandum
600 kismis hitam dan kuning
1 kotak big sister
1 bungkus ceri campuran
1 kotak red dates
1 sudu teh vanilla
½ tin susu manis
1 sudu meja baking powder


Cara membuat

Buah-buahan dihiris halus.
Lepas itu, campur dengan 600 gm tepung, gaul rata.
Lepas itu, pukul gula dengan mentega hingga kembang.
Lepas itu, masukkan kuning telur satu persatu.
Masukkan vanilla, dan baking powder.
Barulah masukkan buah-buah yang telah dicampur dengan tepung tadi sedikit demi sedikit supaya tidak bergulung.
Akhir sekali, masukkan susu.
Biarkan semalam sebelum dikukus.
Kukus sehingga masak.

Wednesday, December 2, 2009

KEK LAPIS BUAH PRUNE

KEK LAPIS BUAH PRUNE

Bahan-bahan




7 biji telur (asingkan putih dan kuning)
12 oz mentega
10 oz buah prune
10 oz tepung gandum
8 auns gula pasir
1 sudu the vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh golden syrup
sedikit rempah kuih
sedikit warna hijau



Cara membuat

Putih telur dan baking powder hendaklah dipukul hingga kembang.
Masukkan gula dan pukul lagi sampai putih.
Selepas itu, masukkan kuning telur sampai habis.
Selepas itu, masukkan golden syrup, rempah kuih dan vanilla, kacau sampai rata. Ketepikan adunan ini.
Di tempat yang lain, mentega dikacau hingga putih.
Kemudian, masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur.
Kacau baru masukkan tepung.

Lepas itu, bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.

Satu adunan dimasukkan buah prune yang di potong halus.
Adunan kedua masukkan warna hijau. Kemudian kukus adunan warna hijau dahulu.
Apabila adunan hijau masak, baru masuk adunan buah prune.

Kukus sampai habis

KEK PASIR ROBOH

KEK PASIR ROBOH

Bahan-bahannya :

5 biji telur ayam
1 tin susu manis
16 oz mentega
1 tin buah prune dicincang halus
10 oz gula
10 oz tepung gandum
2 oz serbuk koko
1 sudu teh baking powder



Cara membuat

Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masuk telur sebiji sebiji
Pukul lagi hingga kembang
Masukkan buah prune yang dicincang halus dan kacau rata-rata
Kemudian masukkan susu, tepung, koko dan baking powder
Kacau hingga sebati
Bakar dengan api sederhana hingga masak

KEK HITAM MANIS

KEK HITAM MANIS

Bahan-bahan




800 gm gula kasar
400 gm gula dimasak menjadi gula hangus
10 biji telur
500 gm mentega
1 kg tepung gandum
300 gm buah kismis hitam
200 gm buah red dates
50 gm buah kurma
1 sudu esen vanilla



Cara membuat

Pukul mentega dan gula sehingga kembang
Kemudian masukkan telur satu-persatu hingga habis.
Pukul lagi
Selepas itu, masukkkan tepung gandum, gula hitam, dan esen vanilla.
Gaul rata-rata.
Selepas itu, masukkan buah red dates, buah kurma dan kismis hitam.
Kacau hingga semuanya sebati.

Kukus selama 8 jam

KEK SANTAN BERLADA

KEK SANTAN BERLADA

Bahan-bahan

11 biji telur ayam
16 oz mentega
2 kotak buah prune
1 bungkus ceri campuran
1 gelas tepung gandum
1 gelas tepung naik sendiri
2 gelas gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh baking powder
½ kotak kismis hitam

KEK SENTUHAN KECUNDANG

KEK SENTUHAN KECUNDANG

Bahan-bahan

10 biji telur
1½ gelas tepung roti merry
12 oz mentega
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 gelas gula halus
1 sudu teh esen vanilla
½ gelas cornflakes yang telah ditumbuk halus
sedikit pewarna coklat, merah, hijau dan kuning



Cara membuat

Pukul mentega dan gula sampai kembang.
Pukul telur berasingan hingga kembang.
Kemudian, masukkan kedalam adunann mentega dan kacau sehingga sebati.
Setelah itu, masukkan susu pekat, susu cair, tepung roti merry dna esen vanilla. Gaulkan adunan sehingga sebati dan rata.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Kemudian warnakan dengan pewarna coklat, merah, hijau dan kuning.
Salah satu dari adunan dimasukkan dengan cornflakes.
Kukuslah adunan berlapis-lapis hingga habis

KEK BATIK THAILAND

KEK BATIK THAILAND

Bahan-bahan

10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 gelas mentega kacang
1 gelas milo
2 gelas tepung gandum
1 gelas horlicks
½ kotak buah campuran
16 oz mentega
sedikit celup hijau
½ tin susu pekat manis



Cara membuat

Pukul mentega dengan gula sampai kembang
Masukkan telur satu persatu sampai habis.
Selepas itu, masukkan susu dan tepung gandum

Lepas itu, bahagikan kepada 4 bahagian:

A Masukkan horlick dan pewarna hijau B Masukkan milo
C Masukkan peanut butter D Masukkan buah campuran

Kukuslah adunan secara berselang-seli

KEK KISMIS KUKUS

KEK KISMIS KUKUS

Bahan-bahan

2 sudu teh cream of tartar
16 oz mentega
16 oz gula halus
4 gelas tepung gandum (600 gm)
5 biji telur
1 kati kismis hitam
1 senduk besar golden syrup
2 sudu teh bicarbonate of soda
½ biji buah pala
2 sudu teh pati oren
2 sudu makan browning sugar






Cara membuat

Pukul mentega dengan gula sampai kembang
Masukkan telur satu-persatu. Pukul lagi.
Masukkan cream of tartar, bicarbonate of soda, buah pala yang sudah ditumbuk halus, vanilla, pati oren, golden syrup, browning sugar.
Kacau rata-rata.

Masukkan tepung yang sudah dibahagi tiga.
Kacau rata-rata.
Kismis digaul denga tepung baki tadi.
Masukkan kismis.
Gaul rata-rata.
Kukuslah selama 6 jam

KEK NEGRO

KEK NEGRO

Bahan-bahan

10 biji telur
16 oz mentega
¼ kati kismis
4 gelas gula, 2 gelas gula kasar (dihanguskan)
9½ gelas tepung gandum
3 sudu makan gula hitam
1 kotak buah campuran



Cara membuat

Pukul gula dengan butter sampai kembang
Masukkan telur satu persatu sampai habis.
Masukkan tepung,
kismis dan buah campuran.
Kemudian masukkan gula yang sudah dihanguskan dan kacau hingga tidak beku.
Kemudian tuang ke dalam acuan, tutup dengan plastik
Kukus selama 8 jam

KEK BUAH-BUAHAN

KEK BUAH-BUAHAN
Bahan-bahan


4 biji telur
230 gm tepung gandum
230 gm gula merah halus
230 gm marjerin
1 mangkuk tepung naik sendiri
1 paket buah-buahan kering
2 sudu teh rempah campuran
sedikit garam
2 sudu besar madu
sedikit air oren



Cara membuat

Buah-buahan kering direndam semalaman dengan 2 sudu besar
madu dan air oren
Tepung dicampurkan dengan rempah campuran
Gaulkan marjerin denga gula merah halus.
Masukkan telur satu persatu dan gaul sehingga rata.
Masukkan buahan sedikit dan juga tepung gandum
Gaul sehingga sebati.
Kemudian tambahkan lagi buah tadi dan juga tepung
Kemudian bolehlah dibakar

KEK SABUK TUNKU ABDUL RAHMAN

KEK SABUK TUNKU ABDUL RAHMAN

Bahan-bahan

10 biji telur
1 tin susu manis
1 tin sederhana besar kaya
1 gelas gula halus
1½ tepung gandum
16 oz mentega
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
3 sudu makan cocoa powder



Cara membuat

Pukul gula dengan mentega.
Masukkan telur satu-persatu.
Selepas itu, masukkan tepung, kaya, susu, vanilla dan baking powder.
Kacau rata-rata.
Adunan ini hendaklah dibahagi dua;

Adunan pertama diberi koko

Adunan kedua berikan warna kuning

Kukuslah berlapis-lapis

KEK SYAIR SI PARI-PARI

KEK SYAIR SI PARI-PARI



Bahan-bahannya ;

10 biji telur
16 oz mentega
1 tin susu manis
1 tin kecil seri kaya
1 tin milo
2 gelas tepung gandum
1 ½ gelas gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 botol kecil horlick
1 sudu teh ovalette



Cara membuatnya :

Pukul gula dan mentega sampai kembang di tempat lain.
Pukul telur satu persatu dan asingkan.
Kemudian gaulkan kesemua bahan ke dalam adunan mentega tadi dan kacau sampai sebati. Akhir sekali masukkan adunan telur tadi dan gaul rata-rata.
Kukus selama 2 jam, selepas itu bakar selama 20 minit.

KEK EVERGREEN

KEK EVERGREEN

Bahan-bahannya :

10 biji telur
10 oz gula
2 paket santan
1 sudu besar ovalette
Pewarna hijau ½ botol
1 tin susu manis
6 oz tepung hong kong
1 cawan tepung susu nespray / F&N
16 oz mentega



Cara Membuatnya :

1. Mentega dipukul dengan susu dan ovalette sampai kembang dan putih.
2. Gula dan telur dipukul hingga kembang dan putih.
3. Bila kembang baru dicampur bahan 1 dan bahan 2 tadi.
4. Baru masukkan tepung, tepung susu, pewarna dan akhir sekali baru masukkan santan paket.
5. Bakar berlapis-lapis hingga masak. Acuan 9 x 9

KEK JEJAK RASUL

KEK JEJAK RASUL

Bahan-bahannya :

16 oz mentega ( dibahagi 2 )
1 botol kecil horlick
1 tin kecil susu pekat
2 sudu makan roti marie ( ditumbuk halus )
10 biji telur
1 ½ gelas gula halus ( dibahagi 2 )
1 ½ gelas tepung gandum
1 botol pandan paste
1 sudu teh baking powder




Cara membuatnya :

1. 8 oz mentega dipukul berasingan dengan 10 biji telur kuning dan ¾ gula dipukul sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan mentega yang telah dipukul berasingan tadi. Masukkan horlick, roti marie dan pandan paste.

3. 10 biji putih telur dipukul sehingga kembang. Lepas itu masukkan ¾ gula dan dipukul sehingga kembang. Masukkan susu, baking powder dan tepung gandum, 8 oz mentega yang telah dipikul berasingan tadi.

4. Bakar lapisan hijau dahulu, lepas itu lapisan putih dan bakarlar berlapis-lapis sampai habis.

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP