Showing posts with label KEK KUKUS SERI KAYA. Show all posts
Showing posts with label KEK KUKUS SERI KAYA. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

KEK SOFIAH

KEK SOFIAH

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam
16 oz marjerin
2½ gelas tepung gandum
2 gelas gula merah
1 tin susu ideal
1 botol kecil horlick
1 botol kecil jem
1 kotak ceri merah dan hijau
1 gelas buah gajus digoreng dan ditumbuk halus
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder
1 kotak buah campur dikisar halus dengan susu ideal

Cara membuat:

Pukul marjerin dengan gula, masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, esen vanilla, gajus, horlick, dan mix fruits. Kukus sehingga masak

Wednesday, November 18, 2009

KEK KUKUS SERI KAYA

Bahan-bahannya :

12 oz tepung gandum
12 oz mentega
1 tin seri kaya
1 camca teh vanila
10 biji telur ayam ( kuning sahaja )
10 oz gula halus
1 camca teh baking powder
1 tin susu manis
2 sudu makan golden syrup


Cara membuatnya :

Pukul mentega, susu, seri kaya, vamila dan golden syrup sampai kembang.
Pukul kuning telur bersama gula sampai naik dan masukkan ke dalam mentega yang telah dipukul kembang tadi.
Selepas itu masukkan tepung bersama baking powder ke dalam adunan tadi.
Akhir sekali warnakan tepung tadi iaitu hijau, kuning dan merah.
Masukkan ke dalam acuan berselang-seli sehingga habis adunan tadi dan
kukus selama 3 jam.

KEK LAPIS SINAR MURNI

Bahan-bahannya :

10 oz mentega
10 biji telur ayam
9 oz gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
8 oz tepung roti marie
Pewarna hijau

Tuesday, November 17, 2009

KEK LAPIS KOKO

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam

16 oz mentega

1½ gelas gula halus

1¾ gelas tepung gandum

1 tin susu manis

1 tin seri kaya panjang

1 botol kecil horlick

½ gelas serbuk koko

1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.

Bila sudah rata masukkan esen vanila, susu , manis dan seri kaya kacau lagi.

Dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau lagi.

Bila sebati bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian.1 masukkan koko dan 1 lagi masukkan horlick.

Lepas itu bolehlah dikukus ataupun dibakar berlapis-lapis.

KEK LAPIS TIGA DIMENSI

Bahan-bahannya :

16oz mentega

20 biji telur ( 3 buang putihnya )

2 gelas gula halus

2½ gelas tepung gandum

1 tin susu manis

1 gelas coklat rice

1 botol kecil horlick putih

3 camca teh esen

( 3 perisa :- vanila / lemon / rose )

1½ gelas coffemate ( dalam kotak )

pewarna kuning, hijau dan merah

Cara membuatnya :

Pukul mentega dengan gula sampai kembang.

Masukkan telur satu persatu sampai habis.

Gaul rata. Masukkan tepung gandum dan susu manis.

Gaul rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :-

a) kuning – masukkan horlick dan perisa lemon

b) merah – masukkan coklat rice dan esen rose

c) hijau – masukkan coffemate dan vanila

Bakar warna merah berlapis-lapis sampai habis diikuti warna hijau dan akhir sekali warna kuning.

Setiap lapis menggunakan satu senduk atau 5 sudu makan.


KEK LAPIS TUN RAZAK

Bahan-bahannya:

10 biji telur ayam

454g mentega

2½ gelas tepung gandum

1½ gelas gula

1 botol jem mixed fruit

1 tin susu

½ tin kecil koko

1 botol kecil horlicks

Cara membuatnya :

Pukul telur, gula hingga kembang,masukkan mentega, tepung, susu.

Kacau hingga rata, adunan dibahagikan dua.

Pertama bubuh jem dan ½ tin koko.

Kedua bagi horlicks dan warna kuning.

Kukuslah berlapis-lapis hingga habis.

Jika melapis sebanyak 3 sudu[sukatan] sahaja.

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP