Monday, December 7, 2009

Muruku

Muruku

Bahan-bahan
600gm tepung beras
330gm kacang parpu
70 gm ikan bilis
100 gm udang hidup
30gm udang kering
12 biji cili kering
4 ulas bawang merah
5gm jintan manis
4 sudu serbuk kunyit
6 sudu garam
200 ml santan pekat
1200 ml air

Cara-cara membuatnya

1. Rendam kacang parpu semalaman.
2. Rebus kacang parpu yang sudah direndam itu sehingga lembut. Biar sejuk. Kisar sehingga halus.
3. rebus ikan bilis, udang hidup dan udang kering sehingga ia mendidih. Biar sejuk. Kisar sehingga halus.
4. Gorengkan tepung beras di dalam kuali sebentar untuk memanaskannya, ia adalah untuk meringankan tepung.
5. Kisar cili yang sudah direndam bersama jintan manis dan bawang merah.
6. Campurkan langkah 2 ke dalam langkah 3 dan langkah 5.
7. Campurkan 200 ml santan, garam serta serbuk kunyit dan baki air ke dalam langkah 6, kenudian masak di atas api sederhana sehingga ia mendidih.
8. setelah memndidih tuang ke dalam tepung beras(langkah 4) dan diuli semasa ia masih panas.
9. Kemudian masukkan ke dalam acuan muruku dan tekan keluar bentuk bulat dan bolehlah digoreng.
10. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP