KEK LAPISAN BUMI
KEK LAPISAN BUMI
Bahan-bahan :
• 454g Mentega
• 1 Gelas gula halus
• 2 Gelas tepung gandum
• 10 Biji telur
• 1 Tin sederhana seri kaya
• 1 Tin kecil susu pekat manis
• 3/4 Cawan serbuk nescafe
• 1 Sudu makan esen vanilla
• Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sampai habis.
3. Masukkan esen vanila, seri kaya dan susu pekat manis dan
gaul sampai rata.
4. Setelah itu masukkan tepung gandum, gaul sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian: i) warnakan hijau
ii) warnakan kuning
iii) masukkan nescafe
5. Ambil satu senduk adunan hijau, kukus di dalam loyang yang telah disapu mentega atau di lapik kertas minyak.
6. Setelah masak lapis pula adunan nescafe, kukus lagi. Akhir
sekali lapis adunan kuning. Buat begitu sampai habis. Masak
selama 1 jam – 1 jam setengah selepas lapisan terakhir.
0 comments:
Post a Comment