Wednesday, December 2, 2009

KEK LAPIS ISABELLA

KEK LAPIS ISABELLA

Bahan-bahannya :

7 biji telur ayam
16 oz mentega
½ tin susu manis
2 gelas tepung gandum atau tepung hong kong
1 sudu teh esen vanila
1 botol kecil browning
100 gm horlick
3 bungkus coklat van houten



Cara membuatnya :

1.Pukul mentega dengan gula sampai kembang
2.Asingkan kuning dan putih telur, kemudian masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega- pukul lagi.
3.Pukul putih telur di tempat lain hingga putih.
4.Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega tadi
dan masukkan tepung, horlick, susu manis dan vanila.

Gaul hingga rata dan kemudian bahagikan kepda 2 bahagian :

i. satu bahagian dibubuh browning
ii.satu bahagian dibiar begitu sahaja kemudian dikukus atau dibakar dahulu warna hitam dan kemudian warna asal dan susun coklat,
buatlah begitu sampai habis.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP