Wednesday, November 18, 2009

KEK KUKUS SERI KAYA

Bahan-bahannya :

12 oz tepung gandum
12 oz mentega
1 tin seri kaya
1 camca teh vanila
10 biji telur ayam ( kuning sahaja )
10 oz gula halus
1 camca teh baking powder
1 tin susu manis
2 sudu makan golden syrup


Cara membuatnya :

Pukul mentega, susu, seri kaya, vamila dan golden syrup sampai kembang.
Pukul kuning telur bersama gula sampai naik dan masukkan ke dalam mentega yang telah dipukul kembang tadi.
Selepas itu masukkan tepung bersama baking powder ke dalam adunan tadi.
Akhir sekali warnakan tepung tadi iaitu hijau, kuning dan merah.
Masukkan ke dalam acuan berselang-seli sehingga habis adunan tadi dan
kukus selama 3 jam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP