Tuesday, November 17, 2009

KEK CAMPURAN NESTUM

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam

1 gelas susu manis

4 gelas nestum

16 oz mentega

2 gelas gula halus

½ tin susu cair

1 sudu teh baking powder

3 sudu besar tepung gandum

1 tin kecil serikaya

sedikit pewarna hijau


Cara membuatnya :


Mula-mula gula dan mentega tadi pukul hingga sebati.

Kemudian masukkan telur satu-persatu hingga habis.

Gaulkan sehingga ianya menjadi rata selepas itu masukkan nestum, susu manis, baking powder dan tepung, kacau lagi sehingga ianya menjadi sebati.


Kemudian bahagi adunan kepada 2 bahagian.


Pertama campurkan serikaya. D

an adunan kedua campurkan susu cair serta diberi warna hijau.


Apabila telah siap sediakan acuan kemudian

kukuslah bahagian pertama hingga masak.

Selepas itu angkat dan bubuh pula adunan yang

kedua kukus lagi sehingga ianya masak.

Selepas itu angkat kukuslah berselang-seli sehingga habis.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP