Wednesday, December 2, 2009

KEK SANTAN BERLADA

KEK SANTAN BERLADA

Bahan-bahan

11 biji telur ayam
16 oz mentega
2 kotak buah prune
1 bungkus ceri campuran
1 gelas tepung gandum
1 gelas tepung naik sendiri
2 gelas gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh baking powder
½ kotak kismis hitam

Cara membuat

Buah prune dibuang biji dan dikukus sehingga lembik.
Kemudian dilecek halus. Kismis dipotong kecil-kecil manakala ceri dipotong bulat.
Mentega dimasak hingga cair.
Telur dipukul bersama gula hingga kembang.
Seterusnya, masukkan tepung yang telah disediakan ke dalam bekas.
Selepas itu, masukkan buah prune, esen vanilla bersama kismis dan buah ceri.
Gaul hingga rata.
Akhir sekali, masukkan mentega yang telah dicairkan tadi.
Bakarlah dia atas api sederhana hingga masa. Kemudian kukus selama setengah jam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP