KEK MARBLE PUTIH TELUR
KEK MARBLE PUTIH TELUR
Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. ):
• A - 250-280 g putih telur
• 2 biji kuning telur
• 200 g gula halus
• 57 g air (paip)
• 250 g tepung gandum- diayak
• 1 sb ovalette
• B- 200 g mentega cair
• 1 sb susu manis
• 1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)
• C- pewarna merah, kuning, hijau dll..
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
2. Bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
3. Bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
4. Bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
5. Bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
0 comments:
Post a Comment