Wednesday, December 2, 2009

KEK LAPIS BUAH PRUNE

KEK LAPIS BUAH PRUNE

Bahan-bahan




7 biji telur (asingkan putih dan kuning)
12 oz mentega
10 oz buah prune
10 oz tepung gandum
8 auns gula pasir
1 sudu the vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh golden syrup
sedikit rempah kuih
sedikit warna hijau



Cara membuat

Putih telur dan baking powder hendaklah dipukul hingga kembang.
Masukkan gula dan pukul lagi sampai putih.
Selepas itu, masukkan kuning telur sampai habis.
Selepas itu, masukkan golden syrup, rempah kuih dan vanilla, kacau sampai rata. Ketepikan adunan ini.
Di tempat yang lain, mentega dikacau hingga putih.
Kemudian, masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur.
Kacau baru masukkan tepung.

Lepas itu, bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.

Satu adunan dimasukkan buah prune yang di potong halus.
Adunan kedua masukkan warna hijau. Kemudian kukus adunan warna hijau dahulu.
Apabila adunan hijau masak, baru masuk adunan buah prune.

Kukus sampai habis

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP