Wednesday, November 18, 2009

KEK LAPIS INTERNET

Bahan-bahannya :-

10 biji telur ayam
300 gm gula halus
300 gm tepung hong kong
16oz butter
1 tin susu manis
1 tin seri kaya
1 paket santan serbuk
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovallete

Cara membuatnya :-

1. Pukul butter dan susu sampai putih.
2. Di tempat lain, pukul telur, gula, ovallete dan vanila sampai kembang.
3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Satukan kedua-dua adunan.
4. Masukkan serbuk santan dan seri kaya. Kacau rata-rata dan sebati.

5. Bahagikan adunan ini kepada 5 bahagian seperti berikut :

i) Merah - 7 sudu makan
ii) Kuning - 7 sudu makan
iii) Hijau - 7 sudu makan
iv) Ungu - 7 sudu makan
v) Coklat – 7 sudu makan

6. Selebihnya warna asal dibahagi untuk bahagian atas dan bawah.
7. Bakar sebahagian warna asal melereng 7/8 sudu. Gunakan api atas sahaja.
8.Kemudian lapis dengan adunan berwarna tadi.
9. Bakar secara melereng juga. Akhir sekali adunan biasa di bahagian atas di bakar secara lurus dengan api atas dan bawah dengan suhu 180ÂșC.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

freecake recipes @kuih-muih   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP